Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas)

pkp

PERMOHONAN TELAH DIBUKA..!

 

Program Eksekutif  : SARJANA PENDIDIKAN (PENDIDIKAN KHAS)
Pusat                      : Melaka (SEAMEO SEN)
Ambilan                  : Mac 2016
Tempoh                  : 4 semester (2 tahun)
Kuliah                     : Jumaat (malam) dan Sabtu sahaja
Anjuran                  : Pusat Kembangan Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Tarikh tutup           : Salinan bercetak permohonan perlu sampai di SEAMEO SEN sebelum 23 Disember 2015

Untuk memohon, sila ke smp.ukm.my/smpe/kemasukan .

Anda dikehendaki melengkapkan permohonan secara atas talian. Setelah melengkapkan butiran permohonan, sila CETAK dan serahkan satu salinan permohonan atas talian tersebut ke pejabat SEAMEO SEN seperti alamat di bawah bersama salinan sijil dan dokumen sokongan sepertimana yang dimuat naik, yang telah DIPERAKUI BENAR . Anda juga dikehendaki menyertakan bersama resit deposit yuran pemprosesan (resit asal). Semua salinan dokumen bercetak perlu sampai di pejabat SEAMEO SEN, SEBELUM 23 Disember 2015.

SEAMEO Regional Centre for Special Education (SEAMEO SEN)
Aras 2, Kompleks Anjung Hikmah
IPG Kampus Perempuan Melayu
Jalan Durian Daun
75400 Melaka

Bagi pembayaran yuran pemprosesan, anda perlu membuat deposit tunai berjumlah RM50.00 ke akaun CIMB Bank Berhad atas nama Pusat Kembangan Pendidikan (nombor akaun: 8002233817). Sila tuliskan nama dan no. kad pengenalan anda pada slip bank tersebut sebelum dihantar ke SEAMEO SEN.

Jika anda memerlukan bantuan semasa memhon di atas talian, sila rujuk https://smp.ukm.my/smpe/kemasukan/dokumen/manual_mskpkp.pdf

Jika terdapat sebarang pertanyaan lain, sila hubungi En. Zulkarnain di talian 06-2818242 atau emel ke zulkarnain@seameosen.org atau nurul.atiqah@seameosen.org


Posted

in

by

Tags: